Cari Blog

Minggu, 25 Desember 2011

‘Iddah ( Masa "iddah)

1)         PENGERTIAN IDDAH
Iddah  ialah masa menunggu yang diwajibkan ke atas seseorang perempuan yang ceraikan oleh  suaminya (cerai hidup atau cerai mati), tujuannya, untuk mengetahui samada perempuan itu hamil atau sebaliknya atau untuk menunaikan satu perintah dari Allah.
2)         HIKMAH IDDAH
Iddah ialah masa menunggu yang diwajibkan ke atas seorang perempuan yang ceraikan oleh suaminya (cerai hidup atau cerai mati),  tujuannya, untuk mengetahui samada perempuan itu hamil atau sebaliknya atau untuk menunaikan satu perintah dari Allah.
1.      Untuk mengetahui samada isteri  yang diceraikan itu (cerai hidup atau cerai mati) hamil atau sebaliknya.  Dengan ini akan terletak dari bercampur aduk keturunan, apabila bekas ister tersebut berkahwin dengan lelaki lain pula.
2.      Untuk memanjangkan masa rujuk, jika cerai itu talak raj’i.   Dengan adanya masa yang panjang dan lama dapat memberi peluang kepada suami untuk berfikir dan mungkin menimbulkan penyesalan terhadap perbuatannya itu dengan ini akan rujuk kembali.
3.      Sebagai penghormatan kepada suami yang meninggal dunia.  Bagi seorang isteri yang kematian suami yang  dikasihinya sudah tentu akan meninggalkan kesan yang pahit di jiwanya,  dengan adanya iddah selama empat bulan sepuluh hari adalah merupakan suatu masa yang sesuai untuk ia bersedih, sebelum memulakan hidup yang baru di samping suami yang lain.

3)         BAHAGIAN IDDAH
Iddah terbahagi  kepada dua bahagian :
1.      Iddah perempuan yang kematian suami.
a.      Jika hamil – iddahnya ialah dari tarikh mati suaminya sehingga lahir anak yang dikandungnya itu.  Hukum ini berdasarkan firman Allah:
Ertinya : Perempuan-perempuan yang hamil, iddah mereka ialah sehingga lahir anak yang dikandung oleh mereka.
(Surah Talaq : ayat 4)
b.      Jika tidak hamil – iddahnya ialah selama empat bulan sepuluh hari, walaupun ia belum pernah disetubuhi atau pun isteri itu masih kanak-kanak atau suami yang mati itu masih kanak-kanak.  Hukum ini berdasarkan firman Allah :
Ertinya : Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedangkan mereka meninggalkan isteri, hendaklah isteri-isteri itu beriddah selama empat bulan, sepuluh hari.
(Surah Al-Baqarah : ayat 234)
Kedua-dua ayat tersebut telah menerangkan hukum yang jelas bagi iddah isteri yang kematian suami, samada isteri yang hamil atau sebaliknya.  Tetapi terdapat dua pendapat  yang berlainan berhubung  dengan iddah perempuan yang kematian suami, sedangkan ia hamil  dan anak yang dikandungnya itu lahir sebelum sampai empat bulan sepuluh hari dan tarikh kematian suaminya.  Adakah iddahnya selesai dengan lahirnya anak tersebut atau pun iddah akan selesai apabila cukup empat bulan sepuluh hari ?

1.      Pendapat Jamhurul Al-Salaf : iddahnya akan habis dan selesai apabila lahir sahaja  anak yang dikandung itu, walaupun belum sampai empat bulan sepuluh hari dari tarikh mati suaminya.  Ini berdasarkan ayat empat, surah al-Talaq yang lalu.
2.      Pendapat yang lain yang diriwayatkan dari Ali : iddahnya ialah mengikut masa  mana yang lebih panjang, maksudnya, jika anak yang dikandungnya itu lahir sebelum sampai empat bulan sepuluh hari dari  tarikh mati suaminya itu, iddahnya tunggu  sehingga genap empat bulan sepuluh hari.
Selain dari itu terdapat juga perselisihan  pendapat berhubung dengan iddah perempuan yang kematian suami, sedangkan ia hamil tetapi anak yang dikandungnya itu bukan anak dari suami yang mati, malah hasil dari zina  isteri, adakah iddahnya selesai  apabila lahir anak yang dikandungnya itu atau pun ia beriddah selama empat  bulan sepuluh hari sahaja :
1.      Pendapat Al-Syafie – iddahnya dengan kiraan bulan (empat bulan sepuluh hari).
2.      Pendapat Abu Hanafiah – iddahnya selesai sehingga lahir anak yang dikandungnya itu.
Iddah perempuan yang diceraikan oleh suami (cerai hidup) atau fasakh :
a.      Jika hamil – iddahnya selesai apabila lahir sahaja  anak yang dikandungnya itu samada hidup atau mati, ini berdasarkan ayat yang lalu.  Begitu juga  akan selesai iddahnya apabila lahir  (gugur) seketul daging yang ada  rupa atau bentuk anak Adam, walaupun tak begitu  jelas bagi pandangan biasa, tetapi menurut  kata-kata  bidan yang berpengalaman atau ahli-ahli perubatan  bahawa yang  lahir itu, itulah yang dikandung oleh  perempuan ini, ertinya tidak  ada yang lain dari itu.
b.      Jika tidak hamil dan perempuan itu dari golongan perempuan yang mempunyai haid- iddahnya ialah tiga kali suci, hukum ini berdasarkan firman Allah :
Ertinya : perempuan-perempuan yang ditalak, hendaklah mereka beriddah tiga kali suci.
(Al-Baqarah : ayat 228)
Jika  perempuan itu diceraikan di masa suci yang tidak disetubuhi, walaupun hampir masa haid, iddahnya akan selesai sebaik sahaja masuk pada haid yang ketiga, tetapi jika ia diceraikan di waktu sedang haid, iddahnya akan selesai apabila masuk haid yang keempat.  Lihat semula bahagian talaq sunni dan bad’i.
Iddah perempuan yang mustahdhah (yang keluar darah selain dari darah haid dan nifas) sedangkan ia tahu bilangan hari haid, maksudnya perempuan yang sudah biasa  menempuh masa haid sebelum itu – iddahnya ialah tiga kali suci juga, tetapi iddah perempuan yang mustahadhah yang masih belum tahu bilangan masa haidnya dengan tepat, seperti perempuan yang baru sahaja mengalami haid- masa iddahnya dengan kiraan bulan iaitu selama tiga bulan.
c.      Jika perempuan yang diceraikan itu masih budak (belum pernah haid) atau atau pun yang telah tua tidak ada haid lagi – iddahnya ialah : selama tiga bulan.  Hukum ini berdasarkan firman Allah:
Ertinya  : Perempuan-perempuan tua yang tidak haid lagi dari perempuan-perempuan kamu, jika kamu ragu, maka iddahnya tiga bulan begitu juga perempuan-perempuan yang belum pernah haid.
(Al-Talak : ayat 4)
Perempuan yang tidak haid adalah seperti berikut :
1.            1.            Yang masih kecil (belum cukup umur).
2.            2.            Yang sudah cukup umur tetapi belum pernah haid.
3.            3.            Perempuan yang sudah pernah haid tetepi sudah tua dan putus haidnya tak ada lagi.
4.         BEBERAPA MASALAH DAN HUKUM BERHUBUNG DENGAN IDDAH
1.      Isteri yang diceraikan oleh suaminya sebelum disetubuhi  (belum pernah), tidak dikenakan iddah, berdasarkan firman  Allah)”
Ertinya : Wahai orang yang beriman apabila kamu menghuni perempuan-perempuan  yang beriman kemudian kamu talak mereka sebelum kamu setubuhi, maka mereka tidak dikenakan iddah.
(Surah Al-Ahzab : ayat 49)
2.      Perempuan yang terputus haidnya sebelum atau sudah digugurkan talak, disebabkan sesuatu seperti sakit, nifas atau menyusukan anak – hendaklah ia bersabar menunggu  kedatangan haids semula, kemudian barulah berjalan iddahnya iaitu tiga kali suci, dan sekiranya tidak datang haid,  ia mesti menunggu sehingga sampai ke peringkat umur putus asa dari haid, kemudian bolehlah ia beriddah mengikut kiraan bulan iaitu  tiga bulan.
3.      Jika datang haid bagi perempuan yang tidak ada haid atau pun haid semula bagi perempuan yang sudah putas asa dari  haid (orang tua) sedang kedua-dua jenis perempuan ini beriddah mengikut kiraan bulan – hukumnya, kedua-dua mestilah  beriddah semula, mengikut kiraan suci iaitu tiga kali suci, sebagaimana orang yang sembahyang dengan bertayammum, sebab ketiadaan air, tiba-tiba diperolehi air sedang ia bersembahyang, terbatallah sembahyangnya dan ia mesti mengambil wudu’, kemudian memulakan sembahyang lain (dari  mula).
4.      Perempuan yang dicerai dengan talak raj’i jika ia  sedang dalam iddah, tiba-tiba bekas suaminya itu meninggal dunia, maka iddahnya beralih mengikut iddah mati iaitu, empat bulan sepuluh hari, kecuali jika ia diceraikan dengan talak ba’in, iddahnya adalah seperti biasa, kerana ia tidak dianggap sebagai isteri lagi, sebab cerai ba’in cerai yang tidak boleh  dirujuk semula.
5)         HAK-HAK PEREMPUAN DALAM MASA IDDAH
1.      Perempuan yang taat (tidur nusyuz) dalam masa iddah raj’i  (yang boleh rujuk semula),  berhak menerima dari suami yang menceraikannya, tempat tinggal, pakaian dan segala  perbelanjaan yang lain, makanan dan sebagainya.  Kecuali jika ia nusyuz (durhaka) maka tidaklah berhak mendapat  segala-segala itu, adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
Ertinya :  Dari Fatimah bte Qais, telah bersabda, Rasulullah SAW kepdaanya: perempuan yang berhak menerima nafkah, tempat kediaman dari bekas suaminya itu ialah apabila bekas suaminya itu berhak rujuk semula dengannya.
(Riwayat Ahmad dan Nasa’i)
2.      Perempuan yang sedang dalam iddah ba’in, samada ba’in sighah, seperti tebus talak atau ba’in Kubri iaitu talak tiga yang hamil, berhak mendapat tempat kediaman, pakaian dan makanan.  Firman Allah:
Ertinya : Jika mereka hamil maka hendaklah kamu beri nafkah mereka hingga lahir anak kandungan tersebut.
(Surah Al-Talak : ayat 6)
3.      Perempuan yang di dalam iddah ba’in sighah atau kubri yang  tidak hamil, berhak menerima dari bekas suaminya hanya tempat tinggal sebagaimana firman Allah :
Ertinya : berilah mereka tempat kediaman yang sepadan dengan keadaan dan taraf kamu.
Surah al-Talak : ayat 6
Ini adalah satu pendapat dari ulama’ dan pendapat yang lain pula  mengatakan bahawa perempuan yang cerai ba’in dan tidak hamil, tidak berhak menerima tempat tinggal dan juga nafkah, berdasarkan hadith Rasulullah:
Ertinya: Dari Fatimah bte Qais Nabi SAW mengenai perempuan yang dicerai talak tiga, sabda Rasulullah, ia tidak berhak mendapat tempat tinggal dan tidak berhak menerima nafkah.
Firman Allah SWT dalam surah al-Talaq ayat 6 :
Mengikut pendapat mereka ialah ditujukan untuk perempuan yang sedang di dalam iddah raj’i sahaja.
Wallahua’lam
Sumber : 1. http://www.unitagamakmb.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.